Meteorite
terbesar pernah direkodkan mendarat di Hoba, Namibia, Afrika sekitar 80,000
tahun lampau dan dianggarkan berusia sekurang-kurangnya 200 juta tahun.
Meteorite ini mengandungi unsur-unsur yang tidak terdapat di Bumi kita. Sempena
dengan nama tempat pendaratannya, Meteorite Hoba awalnya ditemui oleh seorang
petani bernama Jacobus Hermanus Brits pada tahun 1920. Ketika beliau
mengerjakan ladang di belakang rumah, tiba-tiba bajaknya terkena sesuatu benda
keras seperti besi. Menyedari keanehan benda tersebut, Brits menggalinya dan
mendapati seketul meteorite seberat 60 tan tertanam kukuh di dalam tanah.
Bukan sahaja sebagai meteorite
terbesar, Meteorite Hoba juga merupakan ketulan besi paling besar sekali
terdapat di permukaan bumi. Ia mengandungi 82.4% besi, 16.4% nikel, 0.76%
kobalt dan 0.04% phosphorus. Ini bermakna secara saintifiknya ia juga digelar
sebagai 'nikel-rich ataxite'. Selain itu, ia juga dikesan mengandungi mineral
asing seperti Triolite. Meteorite Hoba
bersaiz 9 kaki 8 inci panjang dengan kelebaran 9 kaki 4 inci. Ketebalannya pula
ialah 2 kaki 5 inci ke 3 kaki 11 inci.
Kehadiran Meteorite Hoba terus
meninggalkan misteri kerana kesan hentamannya tidak menimbulkan kawah di
permukaan tanah. Saintis masih bingung bagaimana perkara sedemikian boleh
terjadi. Ada teori mengandaikan bentuk meteorite ini menyebabkan kelajuannya
berkurangan ketika memasuki atmosfera bumi lalu terhempas seperti sekeping batu
pipih jatuh ke permukaan air.
Meteorite Hoba telah diisytiharkan
sebagai monumen negara oleh kerajaan South West Africa pada tahun 1955. Pada
tahun 1985 pula, syarikat Rossing Uranium telah memberi sumbangan kepada
kerajaan Namibia bagi melaksanakan langkah-langkah mencegah vandalisme ke atas
meteorite ini. Tahun 1987, pemilik ladang telah menderma tapak tanah ladangnya
kepada kerajaan untuk dijadikan sebagai pusat pelancongan. Hingga ke hari ini,
Meteorite Hoba terus dikunjungi pelawat-pelawat dari serata dunia.
No comments:
Post a Comment