Meteoroid adalah objek semulajadi yang
berasal dari angkasa lepas yang jatuh dan menghentam permukaan bumi. Di angkasa
lepas, meteorite dinamakan sebagai meteoroid dan apabila ia masuk ke dalam
atmosfera bumi, geseran dengan udara akan menyebabkan meteoroid terbakar dan
mengeluarkan cahaya seperti batu berapi dan dinamakan sebagai meteor atau tahi
bintang.
Sebaik sahaja meteor menghentam bumi, ia
dinamakan sebagai meteorite. Meteorite juga dijumpai dengan banyaknya di
permukaan bulan dan planet Marikh. Di permukaan bumi kita pada hari ini,
terdapat lebih 31,000 spesimen meteorite yang didokumentasikan dengan kira-kira
1,050 spesimen meteorite pernah disaksikan jatuh telah disimpan di dalam
koleksi di serata dunia.
Meteorite sering dinamakan
dengan nama tempat dimana ia jatuh dan biasanya nama meteorite diberikan dengan
nama bandar, pekan, kampung ataupun lokasi geografi. Ada juga kes dimana banyak
meteorite jatuh pada satu tempat maka namanya akan mempunyai gabungan huruf dan
nombor contohnya Allan Hills 84001 atau Dimmit (b). Sesetengah meteorite
mempunyai nama gelaran yang tidak formal sebagai contohnya meteorite Sylacauga
juga dikenali sebagai "Hodges meteorite" selepas seorang wanita
bernama Ann Hodges terkena serpihan meteorite ini.
Meteorite
Sylacauga yang membentuk kawah di Ngarai (Canyon) Diablo sering digelar dengan
nama gelaran ini. Namun demikian, nama gelaran ini tidak digunakan sebagai nama
rasmi oleh Meteoritical Society (Kesatuan Meteoritikal) serta saintis. Meteorite secara tradisionalnya dibahagi
kepada tiga kumpulan besar, meteorite batu (terhasil daripada batuan dengan
mineral silika), meteorite besi (terhasil daripada besi-nikel metalik), dan
meteorite gabungan besi-batuan. Pengkelasan moden
pula membahagikan kumpulan meteorite mengikut struktur, komposisi kimia dan
isotopik, dan mineralogi.
Hampir 86% meteorite yang
dijumpai di bumi ini adalah chondrite kerana partikel yang kecil dan bulat yang
dimiliki oleh meteorite tersebut. Partikel ini (juga dikenali sebagai
chondrule) terdiri daripada mineral silika yang mencair ketika ia berada di
angkasa lepas. Chondrite juga mengandungi sejumlah kecil bahan organik termasuk
asid amino dan butiran prasolar (presolar grain) yang mengandungi partikel
unsur termasuk karbon, silika, logam ringan dan lain-lain. Chondrite secara
tipikalnya dianggarkan berusia lebih 4.55 bilion tahun yang merupakan material
yang mewakili lingkaran asteroid di angkasa lepas yang tidak membentuk suatu
badan yang besar. Seperti komet, asteroid chondritic merupakan diantara
material yang paling primitif di dalam sistem solar kita ini. Chondrite sering
kali dianggap sebagai blok binaan (building block) bagi sesebuah planet.
Kira-kira 8% meteorite yang
jatuh ke permukaan bumi adalah achondrite, sesetengahnya mempunyai sifat yang
sama dengan batuan igneus mafic (batu yang kaya dengan silika atau gabungan
besi-magnesium). Kebanyakan anchorite juga merupakan batuan purba, yang
mewakili material daripada asteroid. Satu keluarga besar anchondrite (yang
dikenali sebagai meteorite HED) berkemungkinan besar berasal daripada asteroid
4 Vesta (asteroid kedua terbesar di dalam lingkaran asteroid). Terdapat juga
kumpulan lain yang dijumpai dari asteroid yang berbeza.
Disamping
itu juga, terdapat dua kumpulan kecil anchondrite yang istimewa, kerana mereka
lebih muda dan tidak berasal dari lingkaran asteroid. Satu kumpulan berasal
dari bulan (yang dibawa balik dari misi Apollo dan Luna) dan satu kumpulan lagi
berasal dari planet lain. Meteorite besi
dengan aloi besi-nikel yang terbentuk di bahagian dalam meteorite ini mewakili
5% dari jumlah keseluruhan meteorite yang jatuh ke bumi. Kebanyakan meteorite
besi seperti kamacite dan taenite berasal dari teras sejumlah asteroid yang
pernah mencair.
Ketika di bumi, logam yang lebih tumpat
terpisah daripada material silika dan tenggelam ke bahagian tengah asteroid
lalu membentuk teras. Namun demikian, ia akan hancur akibat daripada
perlanggaran dengan asteroid lain. Meteorite besi-batuan hanya mewakili 1%
daripada jumlah keseluruhan meteorite yang jatuh ke bumi. Meteorite ini
terhasil daripada campuran besi-nikel dan mineral silika. Satu jenis yang
dipanggil pallasite, dikatakan berasal daripada zon sempadan di atas teras
dimana meteorite besi berasal. Satu lagi jenis meteorite besi-batuan ialah
mesosiderite.